Tuesday 25 September 2012

Simple Cake Deco

Minggu ni agak passive.  Tak banyak keje yang dibuat.  Tido, makan, wat keje rumah.  Untuk post kali ni, saya nak kongsi cara-cara deco cake paling senang dan cepat.  Tak perlu oven-oven tu semua.  Ni kali kedua saya wat.  Kali pertama dulu, saya wat untuk video assignment for english subject.  Yang kali kedua ni pulak, saya wat untuk sambutan hari raya kat UiTM.  Err... saya wat ni dalam pantry lab.  Kiranya, kemudahan terhad and saya guna aje apa-apa yang ada.  Sesiapa yang tak punya kemudahan untuk wat kek kat rumah, boleh la cuba.  Actually, nak video record kan benda ni.  Disebabkan terlampau excited nak wat, lupa bawak camera.  So, guna aje la phone to snap pictures.  ehehee....

Bahan yang perlu ada:
Kek Chiffon (saya beli 2 kek.  Kalau nak wat 1 pun boleh.  Tak de masalah)
Whipping cream (saya guna 1 liter untuk 2 kek.  Kalau untuk 1 kek, guna separuh je ye~.  Cream ni ada dijual di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan bakeri.  Kat pasaraya pun ada, tapi biasanya dorang jual dairy whipping cream dan harganya pun agak mahal.  Saya guna non-dairy whipping cream).
Blueberry filling (err... saya lupa la.  Apa namanya yang betul.  Kalau nak beli nanti, tengok blueberry yang ada buahnya sikit kat dalam.  Ada yang satu jenis lagi, tak ada buah blueberry.  Yang tak ada buah tu, biasanya orang guna untuk filling dalam roti)
Red Cherry (keluarkan dari bekasnya dan keringkan atas tisu.  kalau tak, nanti cream kek jadi basah -> tak cantik~).
Biskut Oreo (buang cream biskut yang kat tengah tu.  Pastu ketuk dan hancurkan dengan mug atau gelas.  Simpan beberapa keping untuk hiasan).
Chocolate Rice

Untuk hias kek:
Pelapik kek (kalau tak de, guna je mana-mana dulang besar atau pinggan leper)
Piping bag (kalau tak de, boleh guna plastik biasa.  Pastu gunting sikit ujungnya)
Pisau (untuk belah kek)
Mangkuk (dijadikan tapak semasa menghias.  Kalau ada turn table, lagi bagus.)
Sudu (untuk sesiapa yang tak de spatula)
Mixer (yang ni saya mintak kawan bawak.  Kalau tak ada, boleh aje guna kaedah manual -> pemukul telur guna tenaga dari otot tangan~ ehehe...)

Cara-cara?  Terlalu mudah.  Untuk 2 kek ni, saya perlukan kurang dari 1 jam untuk decorate.  Tak percaya?  Cuba la~




Belah kek tu kepada 3 lapisan.  Err... betul ke penggunaan perkataan 'belah' tu?  Yang penting, saya nak dapatkan 3 lapisan.  Kalau belah pakai pisau dapur, make sure belah kek tu dengan perlahan.  Kalau belah laju-laju, nanti kek tu berketul.  Tak pun, belah pakai benang.  Hmm... belah ngan benang tu, lain kali la saya tunjuk caranya.

Beat the cream.  Cream tu dalam bentuk asalnya, cecair.  Tapi lepas beat, dia akan jadi fluffy.  Cam wat pavlova gitu.  Nak putar brapa lama?  Angkat beater tu, dan tengok peak cream tu.  Kalau peak tu jatuh, beat lagi.  Kalau static, no need to beat anymore.
OK.  This is beaten cream.  Dah boleh taruk kat kek~.
Kek tadi saya letak atas pelapik.  Pastu letakkan atas mangkuk (untuk memudahkan proses menghias).  Letakkan cream tadi antara lapisan kek.  Lapisan 1:  Letak cream.  Pastu letak blueberry.  Lapisan 2:  Letak cream.  
Haa.... sape ni?? :P 
Ni la hasilnya sebelum coating.















Untuk coating, mudah je.  Ratakan cream tadi diseluruh permukaan kek.  Disebabkan saya tak ada spatula, saya guna sudu (takkan nak guna spatula lab plak kan).  Nak bagi cantik coating tu, saya tekan sikit belakang sudu atas permukaan kek, dan angkat.  Akan terhasil peaks kecil yang comel.  Ulang cara tu untuk seluruh permukaan kek.  Kemudian, saya hias bawah kek dengan cream dari piping bag.  Saya tak ada nozel.  Jadi, saya potong hujung piping bag tu, dan saya gunakan tu sebagai pengganti nozel.


Yang atas tu, saya ratakan blueberry filling.  Saya tekan sikit cream dari piping bag tadi untuk diletakkan red cherry di atasnya.
Atur red cherry.   
Ni la hasilnya.














Yang ni hias ngn biskut oreo.  Blueberry filling tadi digantikan dengan biskut oreo yang dah dihancurkan.
Saya tak puas hati dengan kek yang ni sebabnya saya tak de spatula untuk meratakan permukaan kek. Chocolate rice pon sikit je.  Decoration untuk chocolate rice tak bape menjadi.   Agak comot.  :(








Ini la dia.  Kek express.























Biasanya, untuk kek yang di coating dengan whipping cream, kita guna kek span.  Jarang sangat orang jual kek span.  Tapi kalau nak wat kek span yang sedap, tambah satu sudu besar air dalam adunan.  Kek akan jadi sedikit lembab and tak de la kering sangat bila dimakan. 

No comments:

Post a Comment