Friday 2 November 2012

IKEA Meatball

Baru-baru ni, betul-betul mengidam nak makan meatball IKEA. Nak g sana, jauh. Tak berbaloi rasanya semata-mata untuk makan meatball, terpaksa meredah jalan untuk ke Damansara. Tapi.... nak makan!

Saya cari jugak resepi tu. Buat sendiri mungkin berbaloi (memang berbaloi sangat-sangat!). Resepi yang saya dapat tu, saya buat sedikit pengubahsuaian. 

Ni bahan-bahannya:
Untuk daging
500g daging kisar
1 biji telur
2 1/2 sudu besar  bawang besar (dikisar atau tumbuk)
2 biji ubi kentang (rebus dulu sehingga empuk dan lecek halus)
2 sudu besar mentega (butter)
Garam dan lada sulah (secukup rasa)

Untuk kuah
6 sudu besar mentega
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan beef stock (saya guna stok ayam je. lagi sedap... )
1/2 - 3/4 cawan sour cream (kalau kat supermarket, benda ni dijual kat bahagian yogurt)
Garam secukup rasa
Air

Tambahan:
Kentang goreng (fries)
Lingonberry (saya guna strawberry jam aje)

Cara-cara:

Masukkan bahan-bahan untuk daging dalam mangkuk. Gaul sebati. 
Bulatkan daging tadi menjadi bebola.
Panaskan minyak. Goreng dalam minyak penuh. Kalau goreng dalam minyak tohor,  shape untuk bebola tadi akan  jadi macam-macam. Ehe....
Goreng sampai golden brown.
Angkat bebola tadi dan letakkan atas tisu (untuk tapis keluar minyak)
Sediakan bahan untuk kuah.
Cairkan butter. Masukkan tepung. Kacau sebati.
Tambah air sedikit demi sedikit. Sentiasa gaul dan kacau untuk menghancurkan ketulan tepung. Tambahkan beef stock  tadi.
Masukkan sour cream. Kacau sehingga mendidih. Kalau nak bagi warna kuah tu agak hitam, tambahkan kicap.
Haaa.... Taruk la atas pinggan cam ni. Ehe... dah boleh makan. :)
Untuk 500g daging ni, saya boleh dapat 40 biji bebola. Selamat mencuba~

Wednesday 26 September 2012

Ikan Bungkus

Semalam malas betol nak masak.  Tapi kene masak jugak sebab tak ada makanan kat umah.  Rasa cam nak makan benda-benda simple je.  Petang tu, adik perempuan saya gi beli ikan jeket.  Ikan... hmm... nak buat ape la ngan ikan ni.  Ternampak aluminium foil.  OK~ dah tau nak wat ape.
IKAN BUNGKUS.

Bahan-bahan:
Ikan jeket - 3 ekor
Bawang besar - separuh
Tomato - separuh
Lada besar - 2 tangkai
Bawang merah - sebiji
Bawang putih - 2 ulas
Asam limau - secukup rasa (kalau tak da, boleh ganti ngan cuka.  kalau ada asam jawa lagi bagus)
Garam
Serbuk MSG (kalau nak ganti gula pun boleh. 1/4 sudu kecik gula)







Bersihkan ikan. Belah bahagian belakang. Gaul ngan garam dan asam limau.









Bawang besar, bawang merah, bawang putih, tomato, lada dipotong dadu.  Pastu gaul ngan garam, asam limau dan msg.





Bahan-bahan tadi disumbat dalam ikan.




Bakinya ditabur di atas ikan.  Ikan tadi diletakkan atas foil.



Seal ikan tadi.  Letakkan dalam kuali leper.  Masukkan sedikit air dalam kuali tu untuk mengelakkan hangit pada ikan.  Ia jugak memberi pemanasan sekata. 
Chann... Dah siap masak~


Tuesday 25 September 2012

Simple Cake Deco

Minggu ni agak passive.  Tak banyak keje yang dibuat.  Tido, makan, wat keje rumah.  Untuk post kali ni, saya nak kongsi cara-cara deco cake paling senang dan cepat.  Tak perlu oven-oven tu semua.  Ni kali kedua saya wat.  Kali pertama dulu, saya wat untuk video assignment for english subject.  Yang kali kedua ni pulak, saya wat untuk sambutan hari raya kat UiTM.  Err... saya wat ni dalam pantry lab.  Kiranya, kemudahan terhad and saya guna aje apa-apa yang ada.  Sesiapa yang tak punya kemudahan untuk wat kek kat rumah, boleh la cuba.  Actually, nak video record kan benda ni.  Disebabkan terlampau excited nak wat, lupa bawak camera.  So, guna aje la phone to snap pictures.  ehehee....

Bahan yang perlu ada:
Kek Chiffon (saya beli 2 kek.  Kalau nak wat 1 pun boleh.  Tak de masalah)
Whipping cream (saya guna 1 liter untuk 2 kek.  Kalau untuk 1 kek, guna separuh je ye~.  Cream ni ada dijual di kedai-kedai yang menjual bahan-bahan bakeri.  Kat pasaraya pun ada, tapi biasanya dorang jual dairy whipping cream dan harganya pun agak mahal.  Saya guna non-dairy whipping cream).
Blueberry filling (err... saya lupa la.  Apa namanya yang betul.  Kalau nak beli nanti, tengok blueberry yang ada buahnya sikit kat dalam.  Ada yang satu jenis lagi, tak ada buah blueberry.  Yang tak ada buah tu, biasanya orang guna untuk filling dalam roti)
Red Cherry (keluarkan dari bekasnya dan keringkan atas tisu.  kalau tak, nanti cream kek jadi basah -> tak cantik~).
Biskut Oreo (buang cream biskut yang kat tengah tu.  Pastu ketuk dan hancurkan dengan mug atau gelas.  Simpan beberapa keping untuk hiasan).
Chocolate Rice

Untuk hias kek:
Pelapik kek (kalau tak de, guna je mana-mana dulang besar atau pinggan leper)
Piping bag (kalau tak de, boleh guna plastik biasa.  Pastu gunting sikit ujungnya)
Pisau (untuk belah kek)
Mangkuk (dijadikan tapak semasa menghias.  Kalau ada turn table, lagi bagus.)
Sudu (untuk sesiapa yang tak de spatula)
Mixer (yang ni saya mintak kawan bawak.  Kalau tak ada, boleh aje guna kaedah manual -> pemukul telur guna tenaga dari otot tangan~ ehehe...)

Cara-cara?  Terlalu mudah.  Untuk 2 kek ni, saya perlukan kurang dari 1 jam untuk decorate.  Tak percaya?  Cuba la~




Belah kek tu kepada 3 lapisan.  Err... betul ke penggunaan perkataan 'belah' tu?  Yang penting, saya nak dapatkan 3 lapisan.  Kalau belah pakai pisau dapur, make sure belah kek tu dengan perlahan.  Kalau belah laju-laju, nanti kek tu berketul.  Tak pun, belah pakai benang.  Hmm... belah ngan benang tu, lain kali la saya tunjuk caranya.

Beat the cream.  Cream tu dalam bentuk asalnya, cecair.  Tapi lepas beat, dia akan jadi fluffy.  Cam wat pavlova gitu.  Nak putar brapa lama?  Angkat beater tu, dan tengok peak cream tu.  Kalau peak tu jatuh, beat lagi.  Kalau static, no need to beat anymore.
OK.  This is beaten cream.  Dah boleh taruk kat kek~.
Kek tadi saya letak atas pelapik.  Pastu letakkan atas mangkuk (untuk memudahkan proses menghias).  Letakkan cream tadi antara lapisan kek.  Lapisan 1:  Letak cream.  Pastu letak blueberry.  Lapisan 2:  Letak cream.  
Haa.... sape ni?? :P 
Ni la hasilnya sebelum coating.















Untuk coating, mudah je.  Ratakan cream tadi diseluruh permukaan kek.  Disebabkan saya tak ada spatula, saya guna sudu (takkan nak guna spatula lab plak kan).  Nak bagi cantik coating tu, saya tekan sikit belakang sudu atas permukaan kek, dan angkat.  Akan terhasil peaks kecil yang comel.  Ulang cara tu untuk seluruh permukaan kek.  Kemudian, saya hias bawah kek dengan cream dari piping bag.  Saya tak ada nozel.  Jadi, saya potong hujung piping bag tu, dan saya gunakan tu sebagai pengganti nozel.


Yang atas tu, saya ratakan blueberry filling.  Saya tekan sikit cream dari piping bag tadi untuk diletakkan red cherry di atasnya.
Atur red cherry.   
Ni la hasilnya.














Yang ni hias ngn biskut oreo.  Blueberry filling tadi digantikan dengan biskut oreo yang dah dihancurkan.
Saya tak puas hati dengan kek yang ni sebabnya saya tak de spatula untuk meratakan permukaan kek. Chocolate rice pon sikit je.  Decoration untuk chocolate rice tak bape menjadi.   Agak comot.  :(








Ini la dia.  Kek express.























Biasanya, untuk kek yang di coating dengan whipping cream, kita guna kek span.  Jarang sangat orang jual kek span.  Tapi kalau nak wat kek span yang sedap, tambah satu sudu besar air dalam adunan.  Kek akan jadi sedikit lembab and tak de la kering sangat bila dimakan. 

Saturday 22 September 2012

Untuk Tiga Hari


Dah tengok crite ni?  Untuk Tiga Hari, adaptasi dari sebuah novel.  Saya pegi tengok siang td.  Best crite nya.  Sebenarnya, sebelum sampai Sunway tadi, sy aimed Dredd.  Tapi, waktu nya cam tak kena.  Pukul 2.20 - (3D) Dredd.  Adoi... crite cam tu memang tak boleh la kalau tengok 3D.  Cepat ngantuk.  Kalau animasi, boleh la...




Viva

Ha... ni bukan kereta ye.  This is part of our practical.  Viva.  Sebelum ni, kitorang kene wat Log Book & SOP.  Pastu, kene interview kat lecturer pasal praktikal tu.

Tu dia.... bilik viva.  Dengan Log Book & SOP yang dihantar pelajar pada sesi pagi.  Err... saya punya ada kat situ!~ :P (Ni lunch time, sebab tu tak de orang)

 Syikin tengah tunggu giliran.

Dorang. (From left:  Fuzzy, Nani, Anis, Syikin, Nur)

Kami melangkah keluar meninggalkan kampus kesayangan yang penuh dan sarat dengan kenangan.  MSU~














Planning to hang out.  













Makan-makan di IKEA.  Kenyang~ 
  

 Lepas lepak-lepak kat IKEA, kami ke Warung Sambal Opah, Subang.  Nasib baik la wat eksersais sebelum tu (wat acara balapan di IKEA & The Curve).  Kalau tak, memang tak muat perut ni nak diisi ngan makanan kat atas meja tu.  Di sini, kami terserempak dengan Anuar Zain yang turut  menikmati beberapa bungkus nasi lemak bersama 2 orang (tak tau sapa), err... mungkin rakan atau keluarga terdekatnya.