Friday 26 June 2015

Dr Suhaimi Fajri Bin Lambuk

Anak ketiga. Dah abis study pun dia ni. Baru je beberapa hari lepas dapat result. Alhamdulillah. Jadi orang jugak budak sorang ni. 
Masa kecik-kecik dulu, dia ni memang nakal. Lompat sana, lompat sini, jatuh basikal, masuk bilik bedah, jahit punggung, jahit mata.. hish... macam-macam. Perjalanan hidup dia tidak lah se'best' students lain. Kalau anak-anak orang lain, mak bapak janjikan Play Station untuk 5A UPSR, dia ni papa belikan Yo-yo je. 8A PMR, dapat la telefon yang boleh dibaling kat anjing tu. 
Mak pernah cerita pasal Fajri ni. Sewaktu melahirkan dia, perit. Bukan perit sakit, tapi perit dengan layanan nurses kat hospital. Dia ni lahir kat HUSM. Nurses kat situ layan mak macam ape je. Mentang-mentang mak kita ni bukan warganegara. Diherdik, dilayan kasar. Sedih mak. Diorang mengata-ngata pasal mak. Macam mana tak sedih, orang mengata, mengutuk, herdik dengan nada kuat seolah-olah mak kita ni perompak kat situ. Lepas Fajri tidur, mak ambik kain sarung, letak atas muka, nangis. Dia cuma boleh berdoa supaya papa cepat-cepat datang ambik dia. Dia tak tahan kena maki. Apa la salah dia... Sewaktu menyusukan Fajri, mak bisik kat telinga dia, "Nanti, kalau jadi doktor, jangan jadi macam dorg. Layan la pesakit-pesakit dengan baik ye, nak."
Sewaktu Fajri di sekolah rendah, aku ingat lagi, ada sorang makcik yang bukak kedai kopi kat depan rumah datang rumah kitorang suatu petang. Dia tanya mak, "Fajri ada curi dompet (aku lupa nama orang tu) tak?" Mak aku terkejut. Berkerut kening. Tinggi suara dia kali ni.
"Kenapa kak? Dah dicari dompet tu elok-elok?"
"(Lelaki tu) dah cari. Tak jumpa. Katanya anak Dah ada gi rumah dia tengahari tadi."
Memang adik aku ada ke rumah dia. Tapi bukan sorang. Ramai dengan anak-anak jiran. Lelaki tu ada pelihara 3 ekor beruk. Dorang selalu ke sana untuk main-main dengan beruk sambil-sambil tengok arnab. Mak aku terus kejutkan Fajri yang tengah tidur. 
"Fajri cakap betul-betul, mana dompet (lelaki tu)?"
"Fajri tak tau. Fajri tak ambik."
Ape lagi. Kena pukul la dia sambil makcik tu jadi pemerhati. Menangis la si Fajri.
Beberapa hari selepas tu, (lelaki tu) datang jumpa mak. 
"Kak Dah. Saya nak mintak maaf. Dompet saya ada, terjatuh disebalik lipatan seluar." Huh.. Bengang jugak aku dengan orang yang asik nak cari salah orang lain sebelum selidik betul-betul.
Fajri tak memilih kawan. Dia berkawan aje dengan siapa-siapa aje. Baik budak kelas belakang, mahupun budak kelas depan. Ramai yang senang berkawan dengan dia. Setahu aku, adik aku ni jenis tak sombong. Mudah bergaul. Makcik-makcik sebelah rumah pun suka. Ada jugak yang nak dia jadi menantu. Haha... Adoi...
Aku ingat lagi waktu papa 'jatuh' dulu, Fajri belajar kat UiTM Jengka. Adik-adik semua sekolah lagi. Aku tolong papa untuk sara keluarga. Kadang-kadang, kalau aku memang tak cukup duit, Fajri ngan Robby akan tolong dengan duit PTPTN dorg. Alhamdulillah, adik-adik bukan jenis pentingkan diri sendiri. Sampai dorg pun terpaksa ikat perut. Pernah dulu, diwaktu bulan puasa, Fajri tak ada duit untuk beli makanan berbuka. Apa yang dia buat? Dia main 'basketball' dari petang sampai orang abis berbuka puasa. Dia tak sanggup tengok kawan-kawan makan depan dia. Inilah sebabnya kenapa aku betul-betul marah dengan orang yang jenis tak faham kesusahan orang lain. Nak makan, post gambar makanan kat facebook atau instagram. Dorang tak pernah rasa macam mana perasaan lapar yang amat.

No comments:

Post a Comment